Tuesday, October 20, 2009

One Month More Before School Holiday....



Sebulan sebelum cuti sekolah....

Anak-anak dah mula merasa bahang cuti sekolah. Si abang dah plan nak ke mana masa cuti sekolah. Si adik tu tak faham lagi makna cuti sekolah. Tapi tadi baru dapat memo dari Tadika Al-Huda memaklumkan bahawa ada peperiksaan Penilaian Murid pada 27 dan 28 Oktober 2009. Si abang pun mula periksa akhir tahun pada 26 hingga29 Oktober 2009. Kemudian ibunya pulak sambung 6 hingga16 November 2009. Nampaknye satu rumah anak beranak ambik peperiksaan.

Kepada suami tersayang, terima kasih sebab menjaga anak-anak yang semakin aktif dan kadang-kadang tersentuh hati melihat suami begitu sabar melayan kerenah anak-anak dan kadang-kadang nak marah bila anak-anak tak mendengar arahan ayahnye dan kadang-kadang nak tergelak bila anak-anak lari pegi ke taman sebab tak tahan dengar ayahnye membebel. Tapi pengorbanan itu mungkin terlalu mahal harganya jika dibandingkan dengan wang ringgit. Terima kasih kepada suami dan anak-anak yang semakin memahami situasi ibunya yang sentiasa sibuk ......

No comments:

Post a Comment